new site on jpmk.info

28 August 2008

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-51

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-51














Aturcara Majlis
6.15 ptg
: Para Pelajar dan Hadirin
Berkumpul di Surau DMAK

: Ketibaan Tetamu
: Ketibaan TYT Datuk Zainal Abidin bin Ab Kadir,Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir
: Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Solat Isya’ Berjemaah

8.30 mlm
: Jamuan Makan Malam

9.45 mlm
: Para Pelajar dan Hadirin Berkumpul di Dataran DMAK10.00 mlm
: Bacaan Doa

10.20 mlm
: Bacaan Al-Quran Al Karim

10.30 mlm
: Bacaan Ikrar Mahasiswa

10.40 mlm
: Ucapan oleh:
-Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
-TYT Datuk Zainal Abidin bin Ab Kadir,
Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir
: Penyampaian Hadiah Sempena Kemerdekaan
: Deklamasi Sajak Kemerdekaan
: Persembahan Silat: Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
: Nyanyian Lagu ‘NEGARAKU’
: Tayangan ‘Slideshow’ Kemerdekaan

12.01 t.mlm
: Laungan MERDEKA !: Bersurai

Pakaian Lelaki : Berbaju Melayu
Pakaian Perempuan : Berbaju Kurung

31 July 2008

Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al Azhar 2008

Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al Azhar 2008
















Kepada semua pelajar yang akan menyertai Konvokesyen:

* Raptai akan diadakan pada 23.08.2008 di ACC, Jam 9 pagi
* Pengangkutan disediakan
* Bayaran sebanyak LE 200 (cagaran jubah) + 50 pendaftaran
( bayaran dibuat pada hari raptai )

* Pakaian lelaki :
Suit / long sleeve
rambut kemas

* Pakaian Perempuan
baju kurung/ jubah/
tudung warna cerah putih/ kuning air
kasut bertumit

* Sila daftar segera supaya nama anda dapat diabadikan dalam buku Konvokesyen.

* Boleh wakilkan kepada kawan-kawan untuk pendaftaran (sertakan maklumat peribadi)

Sila sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain....

30 July 2008

KURSUS KEUSAHAWANAN MAHASISWA MALAYSIA MESIR 2008

KURSUS KEUSAHAWANAN MAHASISWA MALAYSIA MESIR 2008

TARIKH : 25 HINGGA 30 OGOS 2008
TEMPAT : DEWAN MALAYSIA ABBASIAH KAHERAH
MASA : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM

OBJEKTIF :
- Mendedahkan peserta dengan kemahiran asas keusahawanan
- Membimbing dan menyiapkan peserta untuk menjadi usahawan
- Mendedahkan peserta dengan peluang keusahawanan yang boleh diceburi
- Menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan pelajar

SASARAN : PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SEMUA FAKULTI

SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:

- EN. ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN - PEGAWAI ATASE (KEBAJIKAN) JPMK
(TEL : 37610019 EXT . 120 / HP: 016-3162827)
- PEGAWAI KEBAJIKAN NEGERI (JIKA BERKENAAN)

Tempat Terhad Kepada 150 Orang Peserta Sahaja
Makanan disediakan

17 July 2008

Permohonan Kemasukan ke IPT Mesir diproses

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) telah menerima borang-borang permohonan kemasukan pelajar perubatan ke institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Mesir bagi sesi pengajian Tahun Satu 2008/2009. Borang-borang permohonan tersebut kini sedang diproses di peringkat jabatan sementara menunggu tempoh permohonan ke universiti-universiti berkenaan dibuka. Borang-borang tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Mesir dan pihak universiti sebaik sahaja permohonan dibuka.

15 July 2008

Gempa Bumi : Kaherah bergegar

Beberapa lokasi di Kaherah dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda bahagian timur Laut Meditteranean pada jam 6.30 pagi ini.

Kenyataan daripada sumber yang boleh dipercayai menyebut gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di bandaraya ini.
Kejadian tersebut turut disedari oleh beberapa pegawai Malaysia di sini.
Walau bagaimanapun tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Difahamkan bahawa rantau ini telah dikesan sebagai kawasan yang terdedah kepada gempa bumi sejak bulan Februari yang lalu. Oleh itu langkah berjaga-jaga adalah perlu memandangkan kejadian gempa bumi mungkin berulang lagi pada masa-masa akan datang.

Tips menghadapi bencana alam:
http://pmr.penerangan.gov.my/section.cfm?id=166&MainSection=145

Pegawai-pegawai JPMK bergilir-gilir bertugas di JPMK Cawangan Iskandariah

Sepanjang bulan Julai hingga awal Ogos 2008 iaitu sepanjang ketiadaan Pn Habibah Mat Rejab yang bercuti di Malaysia, pegawai-pegawai JPMK daripada Kaherah akan bertandang ke Iskandariah untuk membantu menguruskan hal ehwal akademik, kebajikan dan kewangan pelajar Malaysia di sana.
Bermula dengan kedatangan Prof Madya Dr Jamil bin Hashim semalam ( Isnin 14 Julai 2008) jadual bertugas pada hari pelajar iaitu setiap Isnin dan Khamis akan diisi secara bergilir-gilir oleh En Mohd Puat bin Yusof (Pentadbiran dan Kewangan), En Yazit bin Kechik (Akademik), En Zainuddin bin Ab Rahman (Kebajikan) dan Pn Latifah bt Saad(Akaun). Pelajar-pelajar Malaysia daripada kawasan berhampiran boleh mengunjungi pejabat JPMK Cawangan Iskandariah pada hari-hari tersebut.

09 April 2008

SEMOGA BERJAYA

Assalamualaikum w.r.b
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) mengucapkan semoga berjaya dengan cemerlang kepada semua pelajar (Pengajian Islam-Perubatan-Maahad Buuth) dalam peperiksaan yang bakal menjelma.
Semoga kejayaan milik anda semua.

08 April 2008

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE TIMUR TENGAH 2008

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE TIMUR TENGAH 2008

Semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Sijil Sokongan Luar Negara tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yang tidak memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi tidak melantik mana-mana agen penempatan pelajar untuk menguruskan kemasukan pelajar ke Timur Tengah terutama sekali di Mesir.
Muat turun borang permohonan:
1- Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti Al Azhar, Mesir
2- Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir
3- Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco
4- Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan
Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
1- Borang Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
2- Borang Permohonan Surat Tiada Halangan Mengikuti PEngajian di Luar Negara
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Akma/En. Shamsul/En. Rushdan - 03 8883 5892

07 April 2008

Struktur Organisasi JPMK

Senarai Pegawai JPMK dan Staff